- NAMA : ABDUL HAKIM BIN ABD AZIZ KISAH 1 : Kisah Seorang ‘Abidah Dan Seekor Kucing Pada zaman dahulu kala, ada seorang ‘abidah yang sangat kuat beribadah kepada Allah S.W.T.. Siang dan malam diisi dengan pelbagai bentuk ibadah mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.. Semua orang kagum dengan ibadah yang dilakukan olehnya. Semua orang menyangka dia sudah tentu terdiri daripada salah seorang ahli syurga di akhirat kelak. Namun begitu apabila si ‘abidah telah meninggal dunia, salah seorang daripada jirannya telah melihat si ‘abidah tadi di dalam mimpinya. Di dalam mimpi tersebut, si jiran melihat si ‘abidah telah di azab oleh Allah S.W.T. di dalam neraka. Si jiran menjadi hairan lalu bertanya kepada ‘abidah mengapa dia diperlakukan sedemikian rupa? Dia memberitahu bahawa dia diazab kerana seekor kucing yang dikurung olehnya tanpa diberi makan hingga kucing itu mati akhirnya. KAITAN DENGAN ISI Adab dengan binatang hadis tingkatan 3 PENGGUNAAN DALAM PENGAJARAN Semasa menerangkan maksud ihsan kepada binatang Semasa menutup pengajaran tentang adab kepada binatang KISAH 2 : Kisah Imam ‘Izzuddin Bin ‘Abdussalam Imam ‘Izzuddin Bin ‘abdussasam adalah salah seorang tokoh ulama’ yang sangat masyhur di dalam sejarah Islam. Beliau terkenal dalam Ilmu Usul al-Fiqh dan ilmu-ilmu lain hingga digelar sebagai Sultan al-Ulama’. Namun begitu Imam ‘Izzuddin bin ‘Abdussalam pada awal-awal pengajiannya sama seperti kita, ada melakukan kesilapan. Sebuah kisah yang masyhur tentang diri beliau sering diceritakan kepada para penuntut ilmu Allah S.W.T. agar menjadi teladan dan panduan. Suatu ketika, Imam ‘Izzuddin baru belajar tentang fiqh yang memberitahu bahawa orang lelaki jika bermimpi lalu keluar mani maka mandi adalah wajib kepadanya. Imam ‘Izzuddin pada ketika itu belum faham bahawa bukan semua perkara wajib mesti dilakukan segera (‘alal faur) sebaik selepas sebab yang mewajibkannya berlaku. Pada suatu malam di musim dingin, beliau didatangi mimpi janabah (mimpi hingga keluar mani) namun waktu solat subuh masih jauh lagi. Oleh kerana Imam ‘Izzuddin berpegangan bahawa setiap perkara wajib mesti dilakukan serta-merta selepas sebab yang mewajibkannya berlaku, Maka tanpa berlengah lagi beliau pergi ke bilik air dan mandi dengan air yang sejuk tanpa memanaskannya terlebih dahulu. Selepas mandi, Imam ‘Izzuddin melihat bahawa malam masih panjang dan subuh masih jauh. Maka beliau mengambil keputusan untuk kembali tidur. Dalam tidur yang kedua ini dengan takdir Allah S.W.T. Imam ‘Izzuddin bermimpi janabah sekali lagi. Sama seperti keadaan yang pertama Imam ‘Izzuddin bergegas ke bilik air untuk menjunjung perintah Allah rabbul ‘izzati (mandi wajib). Selesai mandi Imam melihat waktu malam masih panjang dan memungkinkannya untuk menyambung tidur sekejap lagi. Akan tetapi, dengan kuasa Allah S.W.T. Imam ‘Izzuddin bermimpi buat kali ketiga namun kerana menjunjung perintah Allah S.W.T. Imam terus ke bilik air tanpa ragu-ragu.
- Namun kali ini tubuh Imam ‘Izzuddin tidak mampu menahan kesejukan air yang menusuk ke tulang sumsum. Beliau rebah lalu pengsan selepas mandi yang ketiga. Selepas sedar dari pengsan, beliau terfikir bahawa pemahamannya tentang suruhan Allah S.W.T. (awamirillah) ada masalah. Selepas berbincang semula dengan para ulama dan guru-guru beliau beliau mendapati bukan semua perintah Allah S.W.T. perlu dilakukan serta-merta. KAITAN DENGAN ISI Galakan menuntut ilmu hadis tingkatan 1 Mandi wajib dan hikmahnya tingkatan 1 PENGGUNAAN DALAM PENGAJARAN Semasa menerangkan tentang kelebihan penuntut ilmu Sebagai selingan semasa menerangkan tentang pengenalan mandi wajib Semasa menutup pengajaran untuk menggalakkan pelajar menuntut ilmu dengan bersungguh- sungguh
MOGA JADI PANDUAN HIDUP KERANA KITA TIDAK KEKAL DI DUNIA INI....BERIBADAHLAH SEBANYAK MUNGKIN ...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُ لاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم
Saturday, August 14, 2010
PENGAJARAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment